Kereta sewa

SEWA DI PULAU LANGKAWI KERETA

kereta sewa di langkawi

Anda memerlukan kereta sewa apabila bercuti di pulau langkawi,jawapannya ada pada blog ini. Blog ini menyediakan perkhidmatan kereta sewa di langkawi pada kadar sewa yang bepatutan dan murah.Dengan memilikki kereta sewa, dapat memudahkan pegerakan anda ketika becuti di pulau langkawi. Jika anda bercadang bercuti ke pulau langkawi, anda boleh menghubungi Anuar (+601162440547 ) untuk perkhidmatan kereta sewa... Saya ber-operasi di International Airport Langkawi. Harga kenderaanberdasarkan 1 hari adalah 24 jam. Jika anda datang ke Langkawi 3 hari 2 malam,maka harga adalah untuk 2 hari(48 jam), 4 hari 3 malam (harga kereta di kira 3hari- 72 jam),begitulah seterusnya. Email anuartcboy@gmail.com untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkhimatan kereta sewa di airport langkawi.Semoga segala maklumat yang saya beri dapat memuaskanhati anda.

Rabu, 30 Oktober 2013

Langkawi Island hopping
Pulau Dayang Bunting
Pulau Dayang Bunting merupakan pulau yang terbesar selepas Langkawi di Kedah. Ia terletak 17.6 km atau kira-kira 15 minit perjalanan dengan bot dari jeti Jaty Awana Hotel. Jalan perhubungan hanya melalui bot laju yang boleh disewa di jeti Teluk Baru berdekatan dengan Hotel Awana Porto Malai, pulau Langkawi dengan kadar pakej RM35.00 seorang(Anuar - 012 - 2557584).
Pulau ini mendapat nama daripada kisah gergasi sakti yang bernama Dayang Bunting. Pulau ini seimbas lalu menyerupai gergasi hamil yang terlena. Dalam perjalanan ke Tasik Dayang Bunting, kita akan lihat bentuk gunung yang menyerupai seorang perempuan sedang terbaring dengan bentuk kepala , dada dan perut yang sedang bunting.
kereta sewa langkawi
Lokasi di Tasik Dayang Bunting
Antara tempat yang menarik di sini ialah Tasik Dayang Bunting dan Gua Langsuir. Gua Langsuir terletak di tengah perjalanan ke Tasik Dayang Bunting. Gua ini adalah akibat kesan hakisan ombak laut jutaan tahun lampau. Terdapat bentuk-bentuk tergantung iaitu stalagtik yang mempunyai pelbagai bentuk - lalu dinamakan langsuir.
Di tengah pulau Dayang Bunting pula terdapat tasik air tawar yang berkeluasan 3 padang bola sepak. Sebuah jeti telah dibina di tepian pulau Dayang Bunting untuk bot-bot pelancong singgah. Tangga-tangga dibina ke atas dan kemudian kemudian menurun ke bawah - jaraknya 1 km sahaja . Sebuah pelantar dibina di tepi tasik dan disediakan jaket keselamatan dan bot berdayung dengan kaki dengan sewaan RM15.00 . air tasiknya hijau jernih dan menimbulkan panorama yang menarik.


Pulau Beras Basah
Pulau Beras Basah terletak tidak jauh daripada Pulau Cenang dan Pulau Rebak Besar . Pulau ini sebahagian daripada 104 buah pulau dalam gugusan Pulau Langkawi, Kedah, Malaysia. Jarak dari jeti Teluk Baru, Langkawi ke pulau ini kira-kira 10 minit dengan bot laju. Sewa sebuah bot laju untuk ke beberapa buah pulau berhampiran ialah RM250.00(ANUAR - 012 - 2557584) .
kereta sewa langkawi
Di antara aktiviti yang terdapat di Pulau Beras Basah
Pulau ini sering kali dijadikan tempat nelayan berteduh ketika laut bergelora ketika mereka kelaut menangkap ikan. Pulau Beras Basah mempunyai permukaan berbukit yang menghalang tiupan angin kencang dengan itu sesuai dijadikan tempat berteduh.
Terdapat sebuah jeti dibina oleh kerajaan negeri Kedah memudahkan bot pelancong berlabuh. Pasir di pantainya putih dan halus tetapi kadang-kala terdapat anak obor-obor yang boleh menyebabkan badan menjadi gatal. Banyak kera terdapat di tepi pantai dan mengutip sisa makanan yang dibuang oleh para pengunjung. Pengunjung juga boleh menyewa paracut yang ditarik oleh bot laju dan melihat pemandangan indah pulau Beras Basah.

Aktiviti yang termasuk di dalam pakej ini adalah ;
Memberi makan burung Helang ( eagle feeding activities)